Followers

Sunday, October 15, 2017

11/12/2016

Telah perginya seorang insan yg amat aku sayangi iaitu arwah abangku ( Nor Ekhwan Aiman Bin Mohd Hanafi ).

Alfatihah.


Ramai tanya aku. 

"Bella, nak tanya sikit boleh? Macam mana arwah abang kau boleh meninggal?"

Soalan ni lah yg selalu sangat mudahkan air mata aku jatuh πŸ˜….

Aku nangis bukan sebab aku tak redha. Cuma sebab aku rindu duh. Rindu yg takde penghujung πŸ˜‚. Lagipon aku memang suka cerita pasal arwah abang aku dkt orang πŸ˜€. Sebab cerita pasal arwah abang aku ni boleh dijadikan teladan & pengajaran buat korang semua. 

Tak dinafikan, arwah memang seorang anak yg rajin menolong ibu ayah dan sentiasa menghrmati mereka. Time arwah masih hidup, arwah lebih banyak tolong ibu ayah berbanding dgn aku & adik aku yg memang pemalas nomatey ni. Dulu arwah keje dgn ayah aku. Nak dijadikan cerita, ayah aku ni banyak keje dia buat. Hantar barang, peladang, mesin rumput, basuh bus stand, siram air and macam macam lagi lah. Semua kerja tu arwah pernah buat. Lepastu, arwah ni time masih hidup arwah selalu tolong mak aku beli brg kat kedai. banyaklah bende arwah tolong.

Arwah ni pon seorang abang yg sangat baik buat kami. Arwah ni kalau dapat gaji dia takkan gunakan duit gaji tu untuk dia sorang. Mesti dia akan belanja kami adik beradik. Kadang kami mintak itu ini, arwah tetap akan bagi. Kekadang dia yg tanya "Nabilah,Alip ade nak ape ape tak?". Time tulah kami pon sengih dgn lebarnyaaaaaaaa. HAHAHAHAHA.

Rindu 😒.


Sekarang ni dan inshaAllah sampai bebila, aku nak pakai blog ni untuk cerita tentang arwah abang aku. Dan aku akan masukkan jugak cite cite lain maybe πŸ˜‚. Biar blog ni jadi luahan aku selalu. Means selalu tu bukanlah tiap hari sebab aku ni duduk asrama so aku takpegang fon tiap hari. Maybe tiap hujung minggu. Or kalau ada masa. HAHAHAHA. 

Senanya kan, aku penat nak taip ni. Maybe esok lah aku start cerita insiden tu. Doa doa kan supaya aku kuat lah dalam menulis tentang insiden tu. Haish. 

Okeylah, ni je mampu. Sambung esok. Assalamualaikum πŸ˜…

1 comment: